1/19/2017

Review iRest Ao Nang Krabi Hostel

Assalammualaikum w.b.t

Memandangkan Lynn memang sangat berpuas hati dengan hotel yang Lynn tinggal masa kat Krabi, memang Lynn akan review dan recommend sangat-sangat untuk korang yang nak pergi sana. Sebelum Lynn booking hotel, Lynn survey kaw-kaw punya blog yang pergi Krabi. Tengok hotel ape dorang recommend, dari segi harga, okay ke tidak hotel tu. Kebanyakan ramai blogger recommend Ao Nang Goodwill. Memula Lynn pon macam nak book hotel tu. Tapi di sebabkan Lynn pergi peak season, harga pon naik melambung. So cari punya cari, Lynn jumpa hotel hijau ni.

Namanya iRest Aonang Krabi Hostel. Tempat dia memang strategic. Cuma kalau jalan kaki nak ke pantai maybe 5-10 minit. Tapi Lynn sewa motor je, senang nak kemana-mana. Hehe. Sewa motor 200 bath sehari. Hotel ni sesuai sangat untuk backpackers atau family. Boleh pilih nak bilik jenis dorm atau bilik biasa. Lynn pilih bilik size deluxe, harga asal rm400 lebih je. Tapi di sebabkan charge tax, pastu Lynn amik yang boleh cancel last minit. So total dalam rm500 untuk 4 hari 3 malam. Boleh booking dari Agoda

Kt sini korang boleh tengok hotel ni kat area mana. Nampak memang jauh sikit dari pantai. Tapi sebenarnya tak pun. 
Bahagian receptionist. Nanti sampai je hotel ni, korang bagi je resit pembayaran yang korang dah print tu. Nanti kalau bilik tu dah kemas, atau masa check in korang sesuai, korang boleh terus masuk. Macam Lynn waktu check in pukul 2 petang, tapi dapat masuk awal dalam pukul 11.
Sementara nak tunggu check in tu boleh lah relaks-relaks kat hall ni. Wifi laju, dont worry okay!
View dari bilik Lynn. Jadi lah nampak laut sikit. Tapi memang rasa tenang je stay kat sini sebabnya tak bising. Kalau area Ao Nang Goodwill tu memang bising sebabnya situ depan jalan utama dan banyak club. Huhu


Ni size untuk bilik deluxe. Tapi rasanya size bilik superior pon sama je. Lynn pon tak sure apa yang beza. Maybe size katil kot. Tapi memang luas lah. Sangat berbaloi!

Paling best sebab ada bathtub lah! Bukan selalu dapat berendam dalam tu, jakon tu mesti ada. Hahaha. Siap cermin lagi dinding dia. Tapi jangan risau. Ada langsir  boleh tutup. Hehe


Tuala pon dia akan tukar sehari sekali. Better tak payah lah bawak tuala dari rumah. Buat berat beg je. Huhu
Balcony bilik ni gambar dari google. Balcony untuk bilik deluxe dia besar sikit dari yang ni tau. Senang nak jemur-jemur baju ke relaks-relaks tengok view. Memang layannnnn.

Ni bilik jenis dorm. Untuk yang datang by group boleh lah book untuk bilik ni. Kaler bilik pon nampak dah tenang je. 

Tempat nak relaks-relaks, makan untuk breakfast n lunch kena duduk sini tau. Sambil dok borak-borak dengan kengkawan, memang syok laaaaa

Tapi Lynn puas hati sangat sebab bilik dia memang selesa gila-gila. Size yang besar, toilet pon bersih, siap ada bathtub, peti ais, aircond, tv, balcony yang luas jugak (senang nak jemur-jemur baju yang basah) Boleh di katakan semua cukup la. Ohhh cuma iron je takde. So better bawa je dari rumah senang. Hehe. Lagi satu kebanyakan hotel budget kat sini memang takde lift. So, macam-mana pon korang kena naik tangga. Hihi. 

Lepastu tiap kali sehari housekeeping akan bersihkan bilik kita. Kita tak suruh pon dia akan bersihkan jugak. Sejuk mata memandang bila dah penat-penat buat aktiviti kat luar, balik bilik je tengok dah kemas. Hihi

Alhamdullilah puas hati sangat sepanjang duduk kat iRest Aonang Krabi Hostel ni. Oh ye kalau nak breakfast sekali pon ada tau. Ramai jugak orang Malaysia stay kat hotel ni. Mungkin lain kali ada rezeki pergi Krabi, memang akan pilih hotel ni lagi. Lynn bagi 9 bintang!

No comments: