1/20/2017

Krabi : 1st Day - Arrival

Assalammualaikum w.b.t

As a plan, kitorang memang plan nak honeymoon kat Krabi Thailand je sebab nak budget. Hehe. 14 January 2017 masa yang ditunggu selama beberapa bulan pon tiba. Lynn booking flight dari AirAsia waktu tambang murah gila-gila. Dapat lah 2 orang RM300 lebih include luggage 20kg pergi balik. 

Pastikan korang tukar je duit bath kat Malaysia sebab ramai kata tukar kat sana mahal sikit. Lynn tukar RM1000 = 8000 bath. Tu untuk dua orang. Tapi better korang bawak duit RM lebih untuk spare kot duit tak cukup kat sana, boleh je tukar nanti. Kat sana memang berlambak money changer. Dont worry ok!

Memandangkan flight kami pukul 7, so dalam pukul 4.30 dah gerak dari rumah. Masa tu memang excited lah. Pertama kali nak bercuti berdua dengan suami kan. Hehe. Passport, tiket flight pergi balik, memang dah sediakan awal-awal. Sampai KLIA 2 terus check in baggage dan check immigration. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Takde apa-apa masalah. Bila dah sampai terlebih awal, ape lagi tidur lah kejap sementara nak tunggu flight boarding. Kihkih

Dalam pukul 7 pon kapaltobang gerak. Dah plan memang takmau beli apa-apa dalam flight, tapi nafsu tu membuak-buak nak beli jugak untuk breakfast, so amik la hot chocolate, mineral water, nasi dagang with chicken curry big breakfast. Total RM40 tak silap. Hmmm kat situ je dah lari budget :(

Sampai airport Krabi dalam pukul 7.30 pagi. Waktu kat Krabi lambat satu jam je dengan Malaysia. Pastikan korang dah siap-siap isi borang arrival & departure tau. Nanti bagi je kat orang yang check immigration tu. Lepas settle semua, dah ambik beg, terus cari kaunter tiket bas. Kalau nak laju naik teksi lah. Dalam 600 bath (RM60). Kalau nak budget naik bas 150 bath (RM15) per pax. Bas memang slow sikit, sebab dia akan berenti banyak tempat. Tapi bas dia luar memang setinggan je, dalam syok ooo. Selesa, ada tempat letak beg. Jangan risau nak fikir-fikir beg korang banyak ke ape. 
TOTAL = Bas 2 orang - 300 bath (RM30)

Aircond pon kuat. Korang bagitau je korang tinggal hotel kat mana, nanti dia akan berhenti betul-betul depan hotel. Kalau takpon, dia akan transfer korang naik tuk tuk masa dah sampai Ao Nang. Haaa dari airport ke Ao Nang amik masa dalam sejam jugak tau.

Sampai hotel, korang boleh terus bagi resit pembayaran untuk check in. Rezeki kami, dapat lah check in awal. Memang syukur sangat masa tu. Serius tak sangka hotel yang kami pilih paling last tu lah paling terbaik. Boleh tengok post Lynn review hotel iRest Ao Nang Krabi Hostel tu tau.

Memandangkan masa tu hari sabtu, memang happening lah area pantai Ao Nang tu. Kitorang ni jenis malas nak jalan kaki. Haha jadi sewa motor jela senang nak ke mana-mana kan. Untuk sewa motor tanya je kat pihak hotel, diorang yang akan arrangekan. Boleh pilih nak motor ape, kami pilih motor scooter sebab cute sangat! Sewa motor sehari caj 200 bath (RM20).
TOTAL = 2 hari sewa - 400 bath (RM40)

 
Acah-acah je ni. Hahaha. Mana lah kakak reti bawak motor. Korang jangan lupa isi minyak motor dulu sebab dorang memang tak isi kan pon. Ada pon cukup-cukup makan je. Huhu. Isi dalam 50 bath cukup la lalau nak jalan2 jauh kan. Pastu dorang akan mintak passport korang untuk jaminan. Jangan risau dan gelabah mak nenek eh, dorang akan bagi resit kat korang ye, so kalau polis tahan just tunjuk je resit tu. Tapi polis takkan tahan punya melainkan korang merempit tempat dorang. Tu kakak tak dapat nak tolong ye -.-

So dah dapat motor, ingat nak terus pergi makan. Tapi relaks dulu lah, nak cari package tour dulu. Senang sikit nanti malas nak fikir lagi dah. Kitorang tanya abang penyewa motor tu nak cari area mana tour guide utk island hopping nanti, ingat nak yang murah-murah la. Pastu dia bagitau area Apasari Hotel tu, dekat dengan 7 eleven. Ada perempuan muslim pakai tudungg. Cari punya cari Alhamdulillah jumpa. Nama awek tu Kak Halimah. 

Mula-mula tanya kat hotel untuk Phi Phi Island dia bagi 1200 bath per person. Tudia mahai ngat aih. Nasib baik tak amik lagi. Kakak Halimah ni bagi package Phi Phi Island   850 bath (RM85) per person untuk 7 pulau. Lepas tu kitorang ambil package lagi satu untuk ke Emerald Pool, Hot Stream Waterfall & Elephant trekking. Kami dapat harga 900 bath (RM90) per person. Kira okay lah tu sebab dah include insurance, lunch, pick up dari hotel pergi balik, snoorkeling, life jacket and so on. 
Total = 3500 bath (RM350) 2 person

Pastu kitorang beli makanan kat area Ao Nang street je. Betul-betul depan pantai. Maybe hari sabtu tu memang ramai peniaga jual kat situ kot. Sebab hari lain kitorang lalu takde pon. So Hafiz beli somtam 20 bath, Lynn beli hotdog,udang,pastu apetah lagi, 30 bath semuanya. Kitorang beli air iced coffee milk dengan cocoa milk 80 bath. 
Total - 130 bath = (RM13) 2 person

Taktau lah apa rasa somtam ni. Lynn memang tak reti makan benda-benda alah macam ni. Haha dan tak teringin langsung pon. 
Dah makan sampai kenyang perut, ape lagi, balik bilik terus relaks kat hotel sampai petang. Penat yakmat dengan cuaca panasnya lagi. Haih~ Dalam pukul 5 kitorang keluar lagi carik Yaminlah Pancake. Cari punya cari rupanya dia tutup hari tu. Alahai takde rezeki. Ramai blogger bagitau pancake dia paling sedap kat Ao Nang :(

Last last beli jela nutella pancake kat orang lain. Hmm kurengggg sedap. Tapi habis jugak lah. Hehe. 


Kami makan lah dekat pantai Ao Nang sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Hehe. Pantai dia biasa je macam Port Dickson. Cuma banyak bot-bot berlabuh je. Sambil tu Hafiz main drone, terjumpa pulak geng-gebg drone dari China dengan Germany. Syok lah dia ada geng kan. Kita ni dok nengok jela. Hmm -.- Tapi memang Lynn nak puji! Orang-orang kat sana yang kitorang jumpa semua baik-baik dan ramah. Tak kisahlah dari negara mana semua friendly macam dah lama kenal. Cuma orang Malaysia je yang bila kita jumpa macam kerek-kerek dan berlagak. Hahahaha. Sesetengah jela.


Tommy and his wife from Germany. Dia ni orang popular kat youtube, pasal drone ke mavic ke apetah. Kakak mana tau sangat. Haha. *gambar negro kat fb tu edit semata-mata. Suami kita masih putih berseri okeh! nanti raya ingatkan kakak mintak maap pasal yang ni tau. Hihi

Lepas maghrib kami gerak ke night market. Naik motor dalam sejam baru sampai. Yang bagusnya orang sana drive semua berhemah, bertolak ansur n sabar. Kalau orang kita ni dah memang main hon hon je lah jawabnya. Haha. Bila korang nampak payung kuning-kuning tu lah night market. Memang ramai gila orang.

Kitorang tak shopping banyak pon kat sini. Beli T-shirt Krabi 4 pasang je dengan souvenier utk family. Total - 420 bath + 240 bath = 660 bath (RM66) 

Ingat nak beli makanan apa-apa kat night market tu. Tapi entah lah, susah nak carik orang islam. Ada memang ada, tapi makanan dia kita tak berkenan pulak. Haha cerewet bebenor. Jadi malam tu kitorang makan kat Rakan Restaurant macam yg blogger lain recommend. Kedai ni pon area sepanjang pantai. Not bad la, boleh tahan jugak. Tapi make sure korang pastikan halal tau. Sebab macam air Soda dia tak halal. So masa order korang tanya dulu.



Dah lupa apa nama menu kitorang makan ni. Tak silap total = 380 (RM38)

Tamat lah first day di Ao Nang. Rasa memang dah ngam sangat untuk first day kitorang dapat pergi merata tempat. Kita tunggu next day pulak ke Phi Phi Island. 

No comments: