9/09/2013

Potluck raya, ending KPOPS, merdeka events :)

Assalammualaikum. Lynn nak flashback balik events minggu lepas dekat JPA, Putrajaya. Memandangkan minggu lepas minggu terakhir raya, dah tentu lah bahagian masing-masing nak buat makan-makan termasuk unit Lynn jugak.
Gambar ni masa jumaat dua minggu lepas, 23 Syawal. Lynn punya unit UPKS buat potluck . Lynn taktau nak bawak menda, last-last beli barang untuk  buat kek batik. Sebenarnya ni buat jamuan untuk En.Jo (bos) sebab dia nak pi sambung belajor. Macam biase lah, makanan terhidang banyak sangat, antaranya nasi berlauk, mihun sup kuning, macam-macam desert ade. Tak tersenarai pulak kalau tulis kat sini *padahal tak ingat name-name kek tuh :p
Bergambo dengan warga UPKS yang molek belaka :)
Kak Endang (tengah) di apit dengan dua Lynn. Lynn besar (kiri) dan Lynn kecik (kanan)
Yang ni pulak jumaat minggu lepas, jamuan sempena hari terakhir En.Jo berkhidmat di UPKS. Tapi Lynn tak sempat makan pun sebab start pukul 4.15. Padahal dah target nak makan mihun sebenarnye. Hihi. Tapi sempat lah tapau popia dengan cupcake sikit.
Tak sempat makan pavlova :(
Popia ni gemuk. Sedap sangat sebab dalamnya  ade salut telur. 

Bersama Ummi riang ria raya :D
With Mak Ton. Comel tak? Comellllllllllllllllllll~~~~~
Kak Ina still khusyuk buat keroje. Bagus kak ina bagus. Hehe
Last gambau Kak Dayah. Semua tempat dia kongker. Haha. Takpe, kenangan dekat tepi pasu bunga pun boleh. Haha
Ni pulak sambut hari merdeka semalam dekat dataran JPA. Best jugak, tak macam sambut masa zaman sekolah dulu. Kalau dulu masa sekolah lame nak habis. Tapi semalam lepas bacaan doa, nyanyi-nyanyi sikit, lepaskan belon ke udara, dah habis. Sempoi je. Siap ade pancaragam JPAM buat persembahan, WATANIAH dengan Polis berkawad, dan  dengan kumpulan koir lagi. 
With Kak Dayah. Kak Dayah cakap kalau edit biar hilangkan jerawat dia. Hihi. Opss terkantoi pulak. Haha
Lawa gambau ni. Kalerful gitu :D
Ummi dengan Mak Ton. Kemain ceria sangat. Hehe
Belon berlepas ke udara. Subhanaallah, lawa sangat masa ni :)
Agak-agak belon ni sampai ke mane eh? Kat atas tuh dia meletop sendiri ke, kapal terbang langgar ke atau burung patuk? Ermm pikir jap.
 Lynn, Mak Ton, Ummi dan Kak Dayah <3>
Gambau penuh. Thank you ler abang Azrul sebab ambik gambau ni. Hihi.
Hari ni pulak ade meeting dengan KPOPS (bos). Kata-kata terakhir sebab dia kan dah pi sambung belajor ambik ijazah. Siap dapat hadiah lagi we alls tau.  Thank you so much KPOPS :)
Me with KPOPS. Baju Lynn tuh daripada Fatin Zulaikha. Thank you, muat-muat baju nih :)
Warga UPKS. Oh ye nak tau ape hadiah dalam beg tadi tuh?
   
Taraaaa!!! 
 Merah tuh kak dayah punye..pink Lynn punye..boleh lah pasni bila rindu mataer dok feeling-feeling dengor music box nih. Haha   
Thank you Kak Ina bagi bluetooth gambau-gambau ni semua. Lynn dah editkan sikit-sikit, nanti nak copy je sendiri. Hehe.Semua event-event kat JPA best-best. Buat masa ni belum ade yang gonjeng-gonjeng lagi. Harap-harap ade lagi event yang superb sebelum Lynn habis praktikal. Hehe.

p/s : niat update pasal semua ni bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak. Ni semua untuk Lynn sendiri. Yela, nanti dah habis praktikal boleh lah flashback balik memory kat JPA ni kan. Takdelah biar beku kat otak nun buat pekasam. Huhu. 

No comments: