4/16/2013

Takkan adik nak campak abah masuk neraka bila adik tak tutup aurat kan?


Adik, ingat lagi tak? Masa kecik dulu, Abah selalu bawak adik pergi taman mainan. Abah baru je balik kerja. Lepas tu adik nangis-nangis depan pintu rumah tunggu abah balik. Abah penat snagat masa tu dik, tapi bila abah tengok muka adik yang penuh dengan harapan tu, abah tak sampai hati nak tolak permintaan adik. Abah tahu mak penat jaga adik seharian. Takpe kot abah layan adik pulak kan? Takpe, abah kan lelaki. Abah kuat ni haa : )

Adik, sekarang adik dah besar. Abah bangga punya anak sepertimu sayang. Tapi abah sedih. Adik dah makin renggang dengan abah. Adik asyik keluar dengan kawan-kawan adik je. Takpe, abah tak marah adik pun. Abah tahu adik sedang membesar. Adik tahu jaga diri adik kan? Adik tahu kalau adik buat dosa, abah yang tanggung dosa adik tu. Adik sayangkan abah. Takkan adik nak campak abah masuk neraka bila adik tak jaga ikhtilat, tak tutup aurat kan?
Adik maafkan abah. Abah tak sempat nak tengok adik dewasa. Allah dah jemput abah lebih awal dahulu. Takpe adik, jangan sedih. Walaupun adik tak nampak abah kat dunia abah tetap perhatikan adik “di sana”. Adik jadilah anak yang solehah ye.

Adik kenapa adik mengingkari Allah? Adik tahu tak abah terseksa di sini dengan setiap tindakan adik di dunia. Adik, tolonglah lah abah. Abah sakit ni. Sakit sangat diseksa dalam kubur ni. Adik sayang abah kan? Tolonglah berubah dik. Tutplah aurat adik, jaga kelakuan adik.

Adik maafkan abah sebab minta adik untuk berubah. Takpe, ni kali terakhir abah minta macam tu. Abah sayangkan adik. Adik buatlah apa adik suka. Abah sanggup tanggung seksa di sini atas perlakuan adik. Sebab abah sayang adik. Maafkan juga sebab abah tak pernah cakap macam ni dulu masa abah hidup. Abah ingat dengan apa yang abah buat, sudah cukup untuk buktikan kasih sayang abah kat adik. Maafkan abah sayang. Adik, bila rindu abah, sedekahkan al fatehah untuk abah ye. Abah tunggu adik di syurga untuk bawa abah keluar dari azab ni.

Subhanaallah. Menitis air mata baca artikel ni. Ni Lynn ambil kat laman forum. Cerita nih buat Lynn tersedar. Adakah saya anak yang solehah? Mudaha-mudahan kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Insyaallah. Sebelum tuh, kalau anda baik hati. Tolong sedekah kan Al-fatehah juga buat ayahanda tercinta Lynn, Hj Zulkarnain bin Hj Arshad. Al-fatehah :’)