2/20/2013

Resipi Ayam Masak Merah yang simple untuk student :D

Assalammualaikum. Hai hari nih kita dalam segmen ketuk-ketuk dapur blogger. Haa hari ni saya nak share resipi yang tersangat-sangat lah simple, murah dan senang. Tambah-tambah lagi untuk student-2 yang duduk hostel. Takkan lah hari-hari nak beli, sesekali tuh cer try masak. Nanti dah kawin kan senang. Mak mertua gerenti puji melambung kat korang. Haa gitu lah gamaknya kan -.- Okay resipi kita hari nih ayam masak merah / ayam sambal.
1. Pastikan ada ayam dan sebelum nak masak tuh kenalah basuh bersih-bersih kan. Haa ade tips sikit, kalau ayam tuh hanyir, lepas dah cuci bersih-2 korang gaulkan dengan tepung dan bilas balik. Insyaallah tak hanyir lagi :)
2. Goreng ayam yang dah di basuh. Tak tau nak goreng ayam? Okay takpe, kita ajar eh. Ambil ayam yang dah di basuh tadi, letak kunyit dan garam lepas tuh gaulkan sampai sebati. Panaskan minyak dan masukkan ayam tuh.
3. Nak masak ayam sambal nih, ayam yang di goreng tuh tak payah garing sangat nanti keras bila nak makan. So agak-agak dah masak tuh angkat je terus.
4. Untuk  buat sambal, mesti kena ade bawang putih, bawang besar dan halia dan di tumbuk. Kalau korang nih jenis pemalas sangat, haha guna blender pon boleh. Lepas tumis kan bawang-bawang tadi.
 5. Agak-agak dah garing masukkan, kulit kayu manis, bunga lawang ngan bawang besar nih.
 6. Kalau korang nak bagi bau dia sedap letak kan daun pandan sikit. Gerenti bau dia sedap. Betul tak tipu pon. Sambil tuh masukkan cili masak/ cili kering yang dah di blend. Agak-agak lah banyak mana korang nak kan. Masukkan sikit sos tomato bagi ade rasa masam-masam sikit. Dan masukkan garam, gula dan sedikit aji na moto untuk penambah perasa.
7. Bila nampak macam dah masak sambal tuh, masukkan ayam yang korang goreng tadi. Kacau sampai sebati, lepas tuh siap.
Haa senang je. Tak susah pun. Malas ngan rajin je nak masak tuh kan. So selamat mencuba. Assalammualaikum.

No comments: