2/20/2013

Resipi Ayam Masak Merah yang simple untuk student :D

Assalammualaikum. Hai hari nih kita dalam segmen ketuk-ketuk dapur blogger. Haa hari ni saya nak share resipi yang tersangat-sangat lah simple, murah dan senang. Tambah-tambah lagi untuk student-2 yang duduk hostel. Takkan lah hari-hari nak beli, sesekali tuh cer try masak. Nanti dah kawin kan senang. Mak mertua gerenti puji melambung kat korang. Haa gitu lah gamaknya kan -.- Okay resipi kita hari nih ayam masak merah / ayam sambal.
1. Pastikan ada ayam dan sebelum nak masak tuh kenalah basuh bersih-bersih kan. Haa ade tips sikit, kalau ayam tuh hanyir, lepas dah cuci bersih-2 korang gaulkan dengan tepung dan bilas balik. Insyaallah tak hanyir lagi :)
2. Goreng ayam yang dah di basuh. Tak tau nak goreng ayam? Okay takpe, kita ajar eh. Ambil ayam yang dah di basuh tadi, letak kunyit dan garam lepas tuh gaulkan sampai sebati. Panaskan minyak dan masukkan ayam tuh.
3. Nak masak ayam sambal nih, ayam yang di goreng tuh tak payah garing sangat nanti keras bila nak makan. So agak-agak dah masak tuh angkat je terus.
4. Untuk  buat sambal, mesti kena ade bawang putih, bawang besar dan halia dan di tumbuk. Kalau korang nih jenis pemalas sangat, haha guna blender pon boleh. Lepas tumis kan bawang-bawang tadi.
 5. Agak-agak dah garing masukkan, kulit kayu manis, bunga lawang ngan bawang besar nih.
 6. Kalau korang nak bagi bau dia sedap letak kan daun pandan sikit. Gerenti bau dia sedap. Betul tak tipu pon. Sambil tuh masukkan cili masak/ cili kering yang dah di blend. Agak-agak lah banyak mana korang nak kan. Masukkan sikit sos tomato bagi ade rasa masam-masam sikit. Dan masukkan garam, gula dan sedikit aji na moto untuk penambah perasa.
7. Bila nampak macam dah masak sambal tuh, masukkan ayam yang korang goreng tadi. Kacau sampai sebati, lepas tuh siap.
Haa senang je. Tak susah pun. Malas ngan rajin je nak masak tuh kan. So selamat mencuba. Assalammualaikum.

2/02/2013

Al-kisah My Beautiful Malaysia kat PJ ^_^

Alahai ponat aih. Laa nih aku baru sampai rumah. Maklomlah semangat patriotik gitu kan nak ikot rombongan kolej pi sambut My Beautiful Day. Kononnya ingat syok ler macam Hari Belia masa kat Putajaya tuh. Eh tetiba sampai, adudududududu kecewa nya. Kami pi yang kat Petaling Jaya, kat sekolah Dato’ Harun. Sampai sana je kena tawaf lihat kawasan gamaknya. Taktau arah tujuan kot. Buat senam aerobik dengan background music dia lagu Firman Kehilangan campoq dangdut bagai. Yang kami nih dok tecegat kat pasir-2 a.k.a lumpur yang sikit je lagi nak tenggelamkan kasut-2 mahai kitorang tuh kan. Hakhak ! -.-

 Masa kat dalam bas. Otw to Taman Medan. Lynn dan Ekha
 Aida ngan Ayu
Orang lain syok poco-poco hat kami nih bergambaq lah. Dah taktau nak buat apa kan.

 Aida kata aku kecik. Padahal aku tengok sama je semua kecik. Aida je tembam sikit. kahkahkah
 Tempat senam aerobik. Time nih lengang pasai suma duk melantak nasi lemak. Haha

 Aida suruh candid tapi aku tesenyum sipu malu pulak. Spoil ah -.-
Dah tuh lepas je sarapan kami taktau arah tujuan lagi. Tinggailah bertiga dan sesat tah kemana. Carik punya carik sampai lah PM datang, kami tak jumpa lagi group kami. Masuk khemah keluaq khemah, jumpa orang ni, jumpa orang tuh, pun tak jumpa-jumpa lagi group kami. Yang kami berrtiga berpegang-tangan ah konon takot sat g salah sorang kang hilang lah pulok kan. Haha! Last-last baru ler  jumpa. Haish bukan penat konon nyanyi lagu IM4U tuh, penat carik orang je. Hakhak

 Nih le tempat depa semua lepak yang buat kami betiga sesat kau tau.
Depa semua dok relax je, kami nih yang sampai basah atas bawah cari depa semua. Hakhak :D

Taktau ler PM dok berucap apa. Yang aku dengar dia laungkan  1Malaysia je. Kihkihkih. Pastu nampak Nabil. Lisa Surihani ala comey-comey tuh ada tapi kami tak nampak pon. Hukhuk. Baru pukul 11 pagi cenggitu kami semua dah keluar pi kat bas. Haha taktau nak buat apa lagi kat sana. Bosan ya amat kau tau. Tapi saya syukur sangat pasai dapat makan banyak dan esok kami dapat duit. Haha pi sana je dapat duit. Walaupun sikit, rezeki tuh oii.. takkan nak tolak. Ye dak? Hakhak. Percuma baju lagi. Kau ado? Takdo kan. Hihi. Okay lah sambung tidoq dulu. Assalammualaikum :)

p/s: kesian muka tak tercalon masuk tv. Hukhuk :(

Resipi Cekodok Pisang yang Simple

1.Kena ada pisang. Tak kisah kot pisang apa. Nih pisang mak tanam kat tepi umah. Jimat tak payah beli memahai. Haha!

2.Buang kulit pisang tuh then masukkan dalam bekas untuk di lenyek (tumbuk-2 sampai lembik)

  3.Masukkan gula secukup rasa

4.Masukkan tepung secukup rasaGaul-2 sampai sebati

 
6.Panaskan minyak

7.Masukkan adunan tadi buat bulat-bulat. Bentuk apa kau nak suka hati kau lah. Hakhak. Masak itu kan seni. Kihihkih

 8.Tunggu sampai garing. Kalau tak garing alamatnya lembik dan tak sodap ah -.-

 9.Angkat dan tuskan minyak. Then hias ler macam mana kau nak kan.

Aku letak biskut kaler-2 tuh pasai boleh makan jugak time petang-petang kan. Sambil tuh minum pulak dengan teh’o panas. Memang kena ah kot. Nih asyik nak makan mee mamak je muak jugak ah kekadang. Hakhak. Okay selamat mencuba. Assalammualaikum :)